Tuesday, May 31, 2011

fakta kuku..


sekarang ini ramai yang kita lihat bela kuku panjang.. tiba-tiba aku terpikir, kenapa dorang bela kuku panjang ni?? apa yang best bela kuku panjang ini?? boleh tak korang semua tolong jawabkan..

masa dorang bela kuku panjang ini dorang sedar ke tak yang dorang sebenarnya sedang membela bakteria dalam kuku dorang.. lepastu makan pakai tangan.. walaupun korang dah basuh tangan tapi tidak semestinya semua bakteria tu akan lenyap dari bawah kuku korang.. dari situ la macam-macam penyakait akan timbul..

selain itu terdapat jugak kebaikan bakteria bawah kuku ni.. dari apa yang PL baca.. lepas makan kita disunatkan menjilat jari.. ini juga merupakan sunnah Rasulullah S.W.T.. (kalau makan pakai tangan la..) dari pembacaan PL lepas kita makan gunakan tangan akan terdapat sejenis bakteria baik bawah kuku yang akan membantu proses pencernaan dan penghadaman..

korang suma sebagai pembaca nilai mana yang baik dan yang buruk.. lepas tu amalkan yang terbaik..

Thursday, May 26, 2011

kesedihan..


kesedihan merupakan salah satu elemen emosi manusia.. setiap orang pasti akan merasa sedih.. dari kita kecik sampai sekarang sudah terlalu banyak kesedihan yang kita lalui.. dan bermacam-macam sebab kita sedih.. tapi perlu atau tidak kita meratapi kesedihan itu?? perlu ke kita tangisi kesedihan itu?? kenapa orang jarang melihat kesedihan sesuatu yang positif.. sesuatu yang akan memberi kita pengalaman hidup.. sesuatu yang akan lebih mematangkan kita..

korang semua pernah dengar ayat ni??
"setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya"

rasanya pasti ramai pernah dengar ayat ini kan.. tapi kenapa bila ianya terjadi dalam kehidupan kita, kita terus lupa akan ayat ni.. biasanya orang akan ingat yang setiap kesedihan hanya akan membawa sesuatu yang tidak seronok.. kadang-kadang kemanisan dari kesedihan itu kita tidak akan dapat terus.. mungkin kita akan dapat akan datang..

kepada rakan-rakan, sahabat, pembaca dan sesiapa sahaja ingatlah setiap kesedihan yang korang lalui pasti akan ada kemanisnya suatu hari nanti..

subsidi bahan api..


semua orang akan mengharap yang harga minyak tak naik lagi.. betul tak??? tapi apa yang berlaku setiap tahun pasti akan berlaku peningkatan harga bahan api.. tak kira la petrol, diesel atau pun gas.. baru-baru ni harga RON 97 naik lagi.. tiba-tiba ada kata-kata sumbang berbunyi kalau harga minyak global meningkat lebih dari AS$110 setong harga minyak akan naik lagi.. alasannya sebab masa buat belanjawan dulu dorang draf untuk harga minyak setong bawah AS$100.. bila harga minyak global naik kerajaan tak cukup duit untuk bagi subsidi pada rakyat.. kenapa pulak jadi macam tu??

masa dorang kuarkan kata-kata sumbang dorang lupa ke yang Malaysia merupakan negara pengeksport minyak.. bila harga minyak global naik maka secara langsungnya harga minyak untuk dieksport juga akan naik dan sumber kewangan negara juga akan bertambah.. mana hilang semua keuntungan negara?? pelik-pelik.. bila rakyat complain pasal harga minyak dorang akan bandingkan dengan negara jiran (singapura).. masa dorang berkata-kata dorang sedar ke tak yang singapura tidak ada setitik pun minyak dekat negara dorang.. tidak heran kalau harga minyak singapura lagi mahal dari Malaysia..

lagipun rakyat singapura ada pilihan nak isi minyak kat Malaysia yang mana lagi murah dari negara dorang.. rakyat Malaysia pulak nak pergi mana untuk isi minyak murah??

tidak tahu apa akan jadi dengan negara Malaysia ini.. kos hidup makin tinggi tapi tangga gaji tidak pernah hendak makin tinggi..

p/s:hanya pandangan dan buah fikiran PL kalau ada kesilapan sila-sila tegur er..

Wednesday, May 25, 2011

kesunyian..


Setiap insan dan kehidupan pasti akan merasa kesunyian.. Biar pun dari zahirnya kita nampak mereka dikelilingi ramai teman dan rakan-rakan.. Tapi adakah mereka ini sentiasa ceria dan berteman seperti yang kite nampak?? Pasti ada suatu ketika kita akan kesunyian dan berseorangan.. Masa ini kita akan teringat kembali insan-insan yang pernah muncul dalam hidup kita.. Kita teringatkan bekas kekasih, kekasih gelap, kawan-kawan sekolah dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup ini..

Kenapa bila situasi ini berlaku baru kita akan teringat insan-insan tersebut?? Adakah mereka memang perlu untuk diperlakukan sebegitu?? Zalimkah kita lakukan sebegitu?? Entahlah.. Tiada jawapan yang pasti.. Yang penting hargailah mereka yang sentiasa disekeliling kita.. Jangan sehingga mereka dah tiada baru lah kita nak meratapi pemergiaan mereka..



Tuesday, May 24, 2011

1st entry, 2nd blog, 3rd try


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

1st entry~nie 1st entry penglipur lara (PL) tulis untuk blog nie...nie la 1st yang PL kata-katakan untuk tatapan korang semua..nie jugak 1st entry yang PL tulis mengambil masa yang agak lama..PL tak tahu kenapa malam ni macam susah je PL nak menekan papan kekunci PL supaya menghasilkan satu entry yang boleh PL postkan kat blog nie..PL tahu entry PL nie tidak sehebat blogger lain dekat luar tu..tapi PL akan cuba belajar untuk jadi yang terbaik macam dorang jugak..setiap benda akan bermula sengan yang PERTAMA..so nie la yang pertama untuk blog PL ni..

2nd blog~sebenarnya sebelum nie PL dah ada blog lain..PL buat blog tue kalau tak silap PL masa tahun 2009..mase itu blog tengah popular dekat Malaysia..PL pun try la buat juga blog nie..masa tu PL just try nak tahu apa tu blog..macam mana nak buat blog etc..so blog tu macam merepek sikit la..tiba-tiba hari ini PL tergerak hati nak buat blog baru dan lebih proper dari yang sebelum ni..so PL gerakkan tetikus ke butang create new blog dan klik..akhirnye nie lah hasilnye...kehidupanberkatakata

3rd try~3rd try??ape pulak yang PL cuba sampai tiga kali nie???entry ni la yang PL try sampai tiga kali...mula-mula PL tak de idea huruf ape PL nak tekan untuk jadikan ayat..bila dah bermula pengembaraan, tersesat jalan pulak..tapi akhirnye siap gak entry yang merepek nie..hehehe

dari papan kekunci : kalau terkurang or terlebih tegur la..PL blogger baru nak belajar..
rajin2 la follow blog ni er..hehehe