Friday, July 22, 2011

habuk...

hallo..

dah lama tak bukak dan update isi kandungan blog ni..
naik berhabuk dah jadinya..
tak tahu apa yang nak dikata-katakan dalam blog ni..
walaupun banyak benda yang terpendam dalam isi hati tapi ianya masih tak dapat diluahkan dalam bentuk kata-kata..
berbagai-bagai ragam manusia yang dilihat..
berbagai-bagai kata-kata yang terluah dari kehidupan tapi masih gagal ditafsir...
harap maaf semua..
harap akan ditemukan dengan kaedah yang tepat untuk mentafsirkan segala-segala kata-kata dalam kehidupan...

Sunday, June 5, 2011

kenangan..


setiap insan pasti akan de kenangan tersendiri.. tidak kira la sama ada kenangan manis ataupun pahit..

walaubagaimana cara sekali pun kita cuba melupakan kita pasti akan terkenangkan kembali segala kenangan dan peristiwa yang berlaku dalam hidup ini.. kita akan tersenyum dan juga bersedih bila teringatkan kembali segala peristiwa yng berlaku.. kita juga boleh lihat insan-insan disekeliling kita dengan berbagai cara dalam menghadapi kenangan-kenangan dalam hidup mereka..

sebenarnya dalam masa yang sama kenangan ini akan mengajar kita erti kehidupan dan juga akan lebih mematangkan kita.. tapi ramai yang tak sedar perkara tersebut.. terutama kenangan pahit.. bagi mereka kenangan pahit hanya membuatkan mereka sedih..

bersyukurlah atas kenangan yang kita ada.. kerana kenangan itu hanya milik kita dan bukan orang lain..

Tuesday, May 31, 2011

fakta kuku..


sekarang ini ramai yang kita lihat bela kuku panjang.. tiba-tiba aku terpikir, kenapa dorang bela kuku panjang ni?? apa yang best bela kuku panjang ini?? boleh tak korang semua tolong jawabkan..

masa dorang bela kuku panjang ini dorang sedar ke tak yang dorang sebenarnya sedang membela bakteria dalam kuku dorang.. lepastu makan pakai tangan.. walaupun korang dah basuh tangan tapi tidak semestinya semua bakteria tu akan lenyap dari bawah kuku korang.. dari situ la macam-macam penyakait akan timbul..

selain itu terdapat jugak kebaikan bakteria bawah kuku ni.. dari apa yang PL baca.. lepas makan kita disunatkan menjilat jari.. ini juga merupakan sunnah Rasulullah S.W.T.. (kalau makan pakai tangan la..) dari pembacaan PL lepas kita makan gunakan tangan akan terdapat sejenis bakteria baik bawah kuku yang akan membantu proses pencernaan dan penghadaman..

korang suma sebagai pembaca nilai mana yang baik dan yang buruk.. lepas tu amalkan yang terbaik..

Thursday, May 26, 2011

kesedihan..


kesedihan merupakan salah satu elemen emosi manusia.. setiap orang pasti akan merasa sedih.. dari kita kecik sampai sekarang sudah terlalu banyak kesedihan yang kita lalui.. dan bermacam-macam sebab kita sedih.. tapi perlu atau tidak kita meratapi kesedihan itu?? perlu ke kita tangisi kesedihan itu?? kenapa orang jarang melihat kesedihan sesuatu yang positif.. sesuatu yang akan memberi kita pengalaman hidup.. sesuatu yang akan lebih mematangkan kita..

korang semua pernah dengar ayat ni??
"setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya"

rasanya pasti ramai pernah dengar ayat ini kan.. tapi kenapa bila ianya terjadi dalam kehidupan kita, kita terus lupa akan ayat ni.. biasanya orang akan ingat yang setiap kesedihan hanya akan membawa sesuatu yang tidak seronok.. kadang-kadang kemanisan dari kesedihan itu kita tidak akan dapat terus.. mungkin kita akan dapat akan datang..

kepada rakan-rakan, sahabat, pembaca dan sesiapa sahaja ingatlah setiap kesedihan yang korang lalui pasti akan ada kemanisnya suatu hari nanti..

subsidi bahan api..


semua orang akan mengharap yang harga minyak tak naik lagi.. betul tak??? tapi apa yang berlaku setiap tahun pasti akan berlaku peningkatan harga bahan api.. tak kira la petrol, diesel atau pun gas.. baru-baru ni harga RON 97 naik lagi.. tiba-tiba ada kata-kata sumbang berbunyi kalau harga minyak global meningkat lebih dari AS$110 setong harga minyak akan naik lagi.. alasannya sebab masa buat belanjawan dulu dorang draf untuk harga minyak setong bawah AS$100.. bila harga minyak global naik kerajaan tak cukup duit untuk bagi subsidi pada rakyat.. kenapa pulak jadi macam tu??

masa dorang kuarkan kata-kata sumbang dorang lupa ke yang Malaysia merupakan negara pengeksport minyak.. bila harga minyak global naik maka secara langsungnya harga minyak untuk dieksport juga akan naik dan sumber kewangan negara juga akan bertambah.. mana hilang semua keuntungan negara?? pelik-pelik.. bila rakyat complain pasal harga minyak dorang akan bandingkan dengan negara jiran (singapura).. masa dorang berkata-kata dorang sedar ke tak yang singapura tidak ada setitik pun minyak dekat negara dorang.. tidak heran kalau harga minyak singapura lagi mahal dari Malaysia..

lagipun rakyat singapura ada pilihan nak isi minyak kat Malaysia yang mana lagi murah dari negara dorang.. rakyat Malaysia pulak nak pergi mana untuk isi minyak murah??

tidak tahu apa akan jadi dengan negara Malaysia ini.. kos hidup makin tinggi tapi tangga gaji tidak pernah hendak makin tinggi..

p/s:hanya pandangan dan buah fikiran PL kalau ada kesilapan sila-sila tegur er..